CABARAN
MEREALISASIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FAKTOR GURU
i) Persepsi
guru terhadap kepentingan komputer.
- Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional kerana relevan dengan sistem peperiksaan.
ii) Kerisauan untuk menghadapi perubahan. Terdapat tiga
jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu:
- Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
- Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.
- Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan komputer.
iii) Masa dan beban tugas guru.
- Penggunaan ICT ataupun komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru untuk menyediakannya. Guru-guru perlu bersedia menyediakan bahan pengajaran, penyediaan perisian serta perlu mahir dengan selok-belok komputer.
- Namun begitu, para guru tidak mempunyai masa yang banyak untuk penyediaan bahan ICT kerana mereka mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu.
- Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya.
- Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Penggunaan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan “Power point” dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru.
- Penyediaan bahan-bahan tersebut memerlukan masa yang lama kerana melibatkan perisian yang memerlukan kemahiran yang tinggi.
- Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk penambahbaikan bahan PdP hanya tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam PdP.
.jpg)

No comments:
Post a Comment