Total Pageviews

Monday, 16 March 2015

JURANG ICT DAN DIGITAL

Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain untuk  mengakses ICT.  

  • Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah :
  • Faktor ekonomi : Tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT.
  • Faktor Geografi : Tempat yang tiada liputan Internet dan bekalan elektrik
  • Faktor kemahiran komputer : Tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat
  • Faktor kemahiran bahasa dan literasi : Tidak dapat membaca dan memahami bahasa Internet dengan baik



            Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial dan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.

No comments:

Post a Comment