1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan
memudahkan pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan
komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid
yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang
mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu pelajar dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan pembelajaran terarah kendiri
- Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda.
- Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat.
- Hal ini demikian kerana, maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana-mana sahaja kita berada.
- Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.
- Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, Internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan.
- Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual.
- Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.


No comments:
Post a Comment